Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)

Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA)

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) adalah Kementerian yang bertanggungjawab ke atas dasar peralihan tenaga, air dan elektrik negara. Sektor tenaga dan air yang merupakan komponen terpenting dalam kehidupan kita dan kesejahteraan rakyat, akan digalas oleh kementerian ini.

Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP)

Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP)

Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA)

Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) telah ditubuhkan pada tahun 1994 setelah Parlimen Malaysia meluluskan Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 (Akta 508). Tujuan asal JPP ditubuhkan adalah sebagai sebuah badan kawal selia untuk mengawal selia perkhidmatan dan sistem pembetungan sedia ada yang dikendalikan sama ada oleh pihak kerajaan atau persendirian di seluruh negara.

Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)

Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)

Antara fungsi utama Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) adalah menjalankan penyelidikan asas dan gunaan dalam sektor air seperti sumber air dan perubahan iklim, lembangan sungai, pantai dan oseanografi, hidrogeologi serta kualiti air dan alam sekitar. Organisasi ini juga menyediakan perkhidmatan perundingan kepakaran khusus dalam menangani masalah berkaitan dengan air dan persekitarannya kepada sektor awam dan swasta, dan menjadi penasihat dalam hal-hal berkaitan air dan persekitarannya.

Jabatan Bekalan Air (JBA)

Jabatan Bekalan Air (JBA)

Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA)

Jabatan Bekalan Air (JBA), berfungsi sebagai agensi yang menguruskan loji air bersih negara. Jumlah keseluruhan perjawatan di JBA adalah sebanyak 249 orang yang terdiri daripada pelbagai skim dan kumpulan perkhidmatan.

Persatuan Teknologi Trenchless Malaysia (MATT)

Malaysia Association for Trenchless Technologies

Persatuan Teknologi Trenchless Malaysia (MATT) telah ditubuhkan untuk mempunyai sebuah badan yang benar-benar mewakili semua pihak berkepentingan dari sektor di seluruh negara, untuk mempromosikan teknologi dan kaedah tanpa parit, mewakili kepentingan ahlinya, menyediakan forum penting untuk pertukaran pengetahuan dan kepakaran di peringkat nasional dan antarabangsa, dan menawarkan platform untuk latihan profesional dan program pendidikan.